Thursday, April 15, 2010

Istimewa hanya di STSL

Assalamualaikum semua :) harap semuanya dalam rahmat Allah dan sihat sentiasa.

Alhamdulillah, hari ini sekolah kita dah selesai menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agong PIBG yang ke 35.

Saya akan ringkaskan sedikit sebanyak pperjalanan majlis tersebut yang telah bermula sejak semalam lagi.

Khamis 14/4/2010

Setelah selesai sesi persekolahan, bermulalah acara REWANG di sekolah. Acara yang sangat saya gemari secara peribadi dan saya pasti di tempat lain, mungkin aktiviti rewang ini sudah lama dipandang sepi. Tapi di Sekolah ini, semua cikgu-cikgu, murid-murid, kakitangan sekolah malahan ibu bapa bersama-sama bergotong-royong menyediakan santapan untuk majlis di keesokan harinya. Pakat-pakat turun padang semua kan :) Sembelih kambing, potong daging, memasak, semuanya dilakukan sendiri oleh tangan-tangan yang mendidik sebelumnya. Tidak lupa juga pada pelajar-pelajar yang tidak jemu membantu sehingga ke lewat petang.Chef ? Tukang masak? Siapa lagi, Cikgu Hanafi lah.

Selain Rewang, sebahagian pelajar pula sibuk berlatih nasyid. Untuk mencipta kelainan pada tahun ini, sekolah telah menganjurkan pertandingan nasyid antara setiap rumah pasukan, dengan penyertaan kumpulan lelaki dan juga perempuan bagi setiap rumah. Gigih sungguh pelajar-pelajar kita mengalunkan nasyid, sampai terkejar-kejar juga cikgunya dengan pelajar yang tak sudah-sudah nakalnya. Agaknya kalau disuruh hafal nama malaikat-malaikat dan tugas nya, boleh tak dapat semua?? :)

Siapa menang? saya akan khabarkan pada entri seterusnya. Tiada kelapangan pula hendak melapor semua agenda yang berlaku hari ini. Mungkin esok, Insyaallah.

Jutaan terima kasih pada semua yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan Majlis ini. Pihak sekolah sangat berbesar hati mendapat bermacam-macam sumbangan seperti Lembu, Kambing, kelengkapan memasak, hamper, hadiah dan pelbagai lagi. Ternyata Sekolah Kebanggaan ku memang sentiasa di hati semua. Terima kasih juga pada yang meluang masa dan tenaga bersama-sama dalam menjadikan sambutan hari ini sangat berjaya.

Editor

Tuesday, April 13, 2010

Permulaan Baru

Assalamualaikum semua.

Hari ini sekolah kita akan melangkah setapak lebih maju dalam dunia teknologi. Kita akan mengorak langkah ke dunia blogging pula. Alhamdulillah, sebelum ini Facebook telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Harap selepas ini semua dapat memberi sokongan pada blog pula.

Jangan segan untuk memberi sebarang komen atau pendapat pada cetusen-cetusan idea yang dicoret di sini. Tapi diharap setiap komen yang dicoret adalah sopan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

selamat berblogging!

Editor :p